Roti Sarang Lebah(Beehive Bun)

 




Resepi Roti Sarang Lebah (Beehive Bun)

Credit to my Aunty.

Bahan-bahan:

  • Air sejuk- 275g
  • Susu pekat- 25g
  • Gula kastor- 60g
  • Margerin- 50g
  • Bread improver- 3g/ 1tsp
  • Tepung high protein- 500g
  • Garam- 3g/1tsp
  • Susu tepung- 20g
-Masukkan semua bahan ni ke dalam bread maker dan pilih menu Dough sebab kita nak bread maker ni uli je adunan kita tu ya. Bukan masak terus dalam bread maker tu. Macam I punya bread maker, dia memang dah auto set timer semua dalam 1 jam 30min. 
-Alas dulu loyang dengan baking paper or sapu nipis nipis je dengan minyak sebelum letak doh.
-Kemudian, baru bentukkan doh dan letak dalam loyang. Boleh sapu permukaan doh tu dengan kuning telur dan tabur dengan kekacang kesukaan anda seperti badam, kuaci & pumpkin seed. 
- Bakar pada suhu 180 selama 1 jam atau bergantung pada suhu oven masing masing.

Sos Butterscotch:
  • Brown sugar- 1 cawan.
  • Susu cair- 1 cawan
  • Butter- 50g
  • Esen Vanilla- 1tsp
  • Garam- a pinch.
-Masukkan butter dulu,cairkan. Api sederhana. Kalau periuk awak tu cepat panas, buka je api kecil.
-Masukkan brown sugar sedikit demi sedikit. Kacau sehingga nampak macam gula dah cair. Masukkan sedikit garam.
-Ok. Part ni bahaya sikit. Masa nak masukkan susu cair ni, api kecil je dan korang kena tuang susu cair cepat cepat dan kacau cepat cepat sebab dia akan jadi macam meruap.  Jangan takut ok. Tuang je cepat cepat dan kacau kacau kacau. 
-Then, masukkan esen vanilla. Kacau lagi sampai sos kita meletup letup sikit. Tutup api.
Jangan risau, masa masak ni, sos memang nampak macam cair je kan. Tak pekat pekat. Tapi bila dah sejuk nanti, sos tu akan jadi pekat sendiri.

0 comments