2021

 Hi. Salam 2021. Harap semua sihat sihat. Awkwardnya bila lama tak menaip di blog ni. Start blog since I form 2. On off on off dan sekarang I bergelar pelajar universiti pula. I tiba-tiba rasa nak menaip semula sebab ada banyak benda nak share and I geram dengan adik I yang tak tahu banyak benda. Dia lepasan SPM, tapi yang isikan UPU dia apa semua I yang tolong ya. I tanya bila UPU buka ke apa ke dia tak alert. I tanya dia matrikulasi kali ni ada modul apa or macam mana ke apa ke, dia tak alert sangat. I sebenarnya tertarik nak share my experience masa awal awal masuk matrikulasi, universiti and terlibat dengan suksis and many more. So, at least adalah adik adik lepasan SPM or anyone gain something from me and my friend's experience.

First, adik adik lepasan SPM. Korang kena tahu where you will go after your SPM. Sama ada nak ambil diploma, STPM, matrikulasi atau pun asasi. Degree @ Ijazah sarjana muda  ni you all akan ambil after that. Jangan keliru. I told this sebab ada junior I yang keliru dan I dulu pun keliru juga. hehe. Pada pendapat I, pursue diploma ke stpm ke, matrik mahu pun asasi, semua itu ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Cuma orang sekeliling kita je yang suka sangat memberi pendapat negatif. I ada kawan kawan yang masuk  diploma, STPM, asasi dan matriks sama dengan I dulu. Dan sekarang, apa yang I nampak, dalam setiap path tu, ramai je kawan kawan I yang berjaya. If sekarang you tak dapat straight A's masa SPM, itu tak bermaksud you all dah gagal tau. Jangan pernah hilang harapan dan jangan pernah rasa diri awak semua tak berguna atau tak boleh berjaya.  Percayalah dengan rezeki Tuhan. Mungkin rezeki awak bukan hari ini, tapi akan dibalas berganda ganda akan datang, dengan syarat tak putus asa dan usaha. 

Okay. Cukup cukup dengan ceramah. huhu.

Secara ringkasnya, diploma dan asasi tu, environment belajar dia dah macam dekat universiti. Tak ada dah orang nak kawal kawal awak macam kat asrama tu. Pandai-pandailah manage diri dan masa sendiri.

Meanwhile, for matrikulasi, apa yang I experience, lebih kurang sama dengan asrama. Bezanya, you all dah tak pakai uniform macam uniform sekolah tu. Selalunya kena pakai baju kurung or pakaian yang sopan. Jeans memang tak dibenarkan ya. Cafe pun asing lelaki perempuan dan hujung minggu je boleh outing. Tapi sekarang I dengar rules kat matriks macam dah lain sikit. Masa hujung hujung waktu I kat matriks, few months before I habis my matrik days, cafe pun dah boleh campur lelaki perempuan. I mean, lelaki or perempuan boleh masuk cafe each other sampai 7 petang je. Sekarang I tak tahu macam tu lagi ke tak. Matrikulasi ni ada program 1 tahun(pst) dan 2 tahun(pdt), depend  pada result SPM you all. But if you all rasa berat nak bawa pst, boleh minta tukar ke pdt sebab pst ni jadual dia memang padat. I dulu pst. Fuh stress juga ya mula mula tu tapi then ok je. Also, masa zaman I, ada 3 modul for science streams which is modul 1(fizik,bio,chem,math), modul 2 (fizik,chem,math,sains komputer), modul 3 (bio, chem, math, sains komputer). Dan ada 1 modul perakaunan. I matriks Tangkak, Johor. Ada juga matriks kejuruteraan teknikal which is kat Matriks Pontian Johor. Ya, of course ada koko juga. Koko ni cam nasiblah kelas awak dapat apa. Dia bagi ikut kelas bukan ikut individu ya. Ada kelas dapat koko kawad kaki, ada dapat sofbol, dan banyak lagi. Koko ni tak boleh tukar if Im not mistaken. I dulu redho jelah dapat koko yang I tak suka...

Eh jap. Sebelum I sambung pasal uni. I nak ingatkan untuk semua lepasan matriks, jangan salah isi UPU tu..awak pilih mana yang awak betul betul yakin dapat dan jangan hentam je isi. Kadang kadang turutan tu pun effect juga. I susahlah nak explain kat sini. Bincang dengan parents or akak or senior or cikgu awak. Sebab, ada kawan I yang tak ditawarkan mana mana uni tau masa lepas matriks tu sedangkan pointer dia lagi tinggi dari I. Tak silap I masa tu pointer dia 3.0 ke atas. Entahlah. Tak boleh nak kata juga mana silap dia atau mungkin memang nasib dia macam tu agaknya.

Next, I pursue degree di universiti sekitar Shah Alam. Jangan tanya uni mana. Kejap lagi I cerita mesti you all dapat tahu dah uni apa. hehe. Masuk uni ni, kena pandai jaga diri je. Apa je eh you all nak tahu? 

Tak ada apa sangat pun persiapan masuk uni ni. You all kena alert jelah dengan tarikh tarikh and dokumen apa kena bawa untuk medaftar. Tapi dah covid ni...I pun tak tahu macam mana junior mendaftar. Online lah rasanya. Kan?

I ada orientasi masa awal awal masuk uni tu. Nama dia minggu destini siswa. You all mesti dah dapat tahu I uni mana bila I mention MDS. Haha.

Ramai kata mds ni buang masa, tak relevan dan sebagainya.

 Sejujurnya, I pun rasa benda yang sama masa lalui MDS tu. Rasa macam, kenapa dia layan kita macam budak budak, kena tengking, kena marah. Haha. Ye awaknya kena tengking ya dengan fasi. Tapi, when I look back or teringat balik momen momen mds tu..I tak tipu, it;s all precious moment yang takkan dapat kat mana mana, Macam I, I gerak solo sebab kawan kawan rapat I tak sama uni dengan I. Ramai je kawan kawan lain, cuma masa mds tu sometimes you all kena beratur ikut bilik or ikut course or kadang bersepah. You bayanglah beratus, beribu students dalam 1 masa, memang terpisahlah dari kawan you. Ngl, I penat gila, sebab bangun awal sebab kena subuh berjemaah dan balik lambat pukul 12 malam pernah juga masa tu pukul 1 pagi sebab bila buat counting sebelum balik bilik, tak cukup student. Dahlah kena pakai baju kurung..Haih...memang maki habis dalam hati...haha. 

Tapi I paling suka bila event dalam dewan. Dewan apa eh nama dia...Ya Allah lama sangat covidnya , lama tak naik Shah Alam sampai lupa dah nama dewan, hahahshs. Yang penting if you sambung degree kat UITM Shah Alam, mds dia memang best dan penat. ehehhe. Tapi serious masa sesi nyanyi lagu uitm & nyanyi lagu untuk naikkan semangat student tu kan...I..cry..ahahaha. I jarang tau nangis masa sesi motivasi ke apa. But yes , I cry doh..Rasa macam kat concert haha. Sebab I duduk kat level paling tinggi dalam dewan tu. Pastu light off and students bukak lampu phone. CANTIK SANGAT masa tu. Pastu lagu dia...Huwaa I terus nangis senyap senyap, idokler nangis esak esak. Menitik je air mata. hahaha. 

Ini antara part best aku nak cakap. Waktu tu pula, pengarah mds time tu. hahahahahhaha. Masa tu students ni ramailah tak puas hati en pasal mds ni makan banyak masa and kita orang ni exhausted. Adalah sorang student perempuan ni berdiri na suarakan pendapat dia. Dia student law ya. Ko bayangkan dia bercakap macam berdebat gayanya. Tapi kita orang semua macam jaw dropped kejap tengok gaya dia bersuara tu. Hands up for you gurl! 

I jenis kalau duduk. I tak suka diam diam. If I nampak orang sebelah I tu macam friendly ke kan. Nanti I ajak berbual. Make friends lah orang kata. Yang kelakarnya I jumpa si A hari ni, change phone number, then sampai kesudah tak jumpa dia dah. Pernah je jumpa kat kolej, tapi berselisih jelah, senyum then jalan pergi kelas sebab ya lah, busy. Tapi I mostly jumpa orang orang yang kelakar.....ya allah aku penat ya kena sakat dengan orang otak masuk air. Disebabkan tu, I make friend dengan budak fashion, budak engine, budak law dan  budak sabah. Budak sabah ni paling kelakar. Aku suka kawan dengan dia even sekejap.Fyi, I ni introvert tau. But I think Im not that introvert kut sebab I suka berkawan. hehe.

For me kan, mds ni best je. You memang akan rasa tak best and nak maki gila gila masa tu. I geram jeee dengan senior dok tengking tengking I masa tu. Last last en...bila kat fac, jumpa balik. Dalam dewan kuliah jumpa balik dia...sebab dia repeaters..leh...If tanya aku kan. Apa yang boleh improve untuk mds tu. I think the way fasi talk to us. No need kot tengking tengking setiap masa. I faham ada student yang degil namampos tak ikut rules. But I dont like the way they scream and treat us macam budak budak sedangkan kita orang dah ikut rules. In that situation semua orang pun penat. Fasi penat kita student pun penat. Tapi, I tak benci pun fasi fasi tu sebab I got a bitter sweet memories disebabkan mereka. dan dorang pun kena kecam sekejap masa tu. Hahah. Anyway thank you pengarah dan fasi! hihik.

Koko kat uni pula? Nanti I sambung next time. Ini pun..haih...penat nak cerita. hehe see you in next post.

0 comments